manusia……

April 30, 2008 by anissakyra

<ini dibebelkan pada 26 april 2008>

siyez….boring gler…tataw nak wat per….ish2..aku nak study tapi tak boleh fokus…huhuhu..tulung….mmm….skrg da kul 4.12 pagi, waktu malaysia…hehehe… ok..kiter tinggalkan dulu pasal study…

apa yang aku nak bebelkan pada pagi dinihari yang indah ini adalah berkenaan dgn sikap manusia…apa yg korang taw pasal sikap manusia????haaa…jawab2… hehee…apa yg aku nak cerita ney adalah berkenaan dengan sikap segelintir manusia yang hidup atas muka bumi ini…huhuhuu…kalau nak citer pasal org, tak abis2 ye dak..hahaa..mmmm…

macam ney, apa yg aku perhatikan adalah ada la segelintir manusia tu, usaha nye malas tapi nak demand jer…mmmm..macam mana tu ek?? cube la korang pikirkan…bler org mintak tolong nak jayakan sesuatu program, dia nak demand jer tapi nak duk diam tanpa berusaha….susah la cam tu… apa-apa pun, ney jer yg aku nak bebel pada pagi yang hening ini….hahaaa…

renung-renungkan dan selamat beramal……

sekadar renungan bersama….

April 30, 2008 by anissakyra

salam…

citer ney aku dapat dari website mana pn aku da tak ingat da…huhu…tapi citer ney ader dalam blog aku yang lama….

aku tinggalkan cinta kerana Dia…..

 Moga di kurnia hidayah dan qudrat untuk ikut akan hidayah yang di kurnia.

“Apa kabar iman kita sekarang?”

Kisah ini datang dari lubuk hati saya sendiri, apa yang saya rasa dan apa yang saya alami sendiri. Saya tidak bermaksud untuk mengeluh apatah lagi mengingkar apa yang telah Allah s.w.t tetapkan kepada saya dan kita semua orang yang beriman denganNya. Kisah ini saya khabarkan agar apa yang saya lalui tidak berlalu begitu saja tanpa saya kongsi dan tanpa saya rekodkan sebagai panduan bagi diri saya sendiri dan juga pada saudara saya sesama Islam untuk bekalan hari mendatang.

Saya sama seperti orang lain, punya keinginan untuk menyayangi dan disayangi. Walau bagaimanapun, tidak mudah bagi saya untuk jatuh hati pada seorang wanita. Saya tidak mencari seorang wanita untuk dijadikan kekasih, tetapi saya mencari seorang teman pendamping hidup saya hingga ke akhir hayat saya. Seorang yang boleh mengingatkan saya kiranya saya terlupa dan yang paling penting wanita yang amat saya percayai untuk mendidik anak-anak saya kelak dan generasi yang akan lahir daripada keluarga kami nanti.

Untuk itu, sejak di bangku sekolah lagi saya telah letakkan beberapa syarat bagi seorang wanita untuk hadir dalam hidupsaya dan dialah orangnya. Dalam masa beberapa bulan saya belajar di sebuah pusat pengajian tinggi di Petaling Jaya, banyak perkara yang telah saya pelajari. Yang paling penting buat saya ialah, bagaimana saya mula mengenali wanita-wanita dalam hidup saya kerana saya sejak dari sekolah rendah belum pernah bergaul secara langsung dengan seorang wanita pun dan saya amat peka terhadap larangan pergaulan antara lelaki dan wanita kerana saya bersekolah di sebuah sekolah menengah agama lelaki berasrama penuh. Lantaran itu, saya tidak pernah punya hati untuk memberi cinta atau menerima cinta walaupun peluang itu hadir beberapa kali.

 Saya mula mengenali si dia apabila kami sama-sama terpilih untuk mengendalikan sebuah organisasi penting di tempat kami belajar. Ditakdirkan Allah s.w.t, dia menjadi pembantu saya. Dari situlah perkenalan kami bermula. Dia seperti yang telah saya ceritakan, bertudung labuh dan sentiasa mengambil berat tentang auratnya terutama stokin kaki dan tangannya. Itulah perkara pertama yang membuatkan saya tertarik padanya. Dia amat berhati-hati dalam mengatur bibir bicaranya, bersopan-santun dalam mengatur langkahnya, wajah yang sentiasa berseri dengan iman dan senyuman dan tidak pernah ke mana-mana tanpa berteman. Suaranya amat sukar kedengaran dalam mesyuarat kerana dia hanya bersuara ketika suaranya diperlukan dan tidak sebelum itu.

Saya melihat dia sebagai seorang mukminah solehah yang amat menjaga peribadinya dan maruah dirinya. Saya tidak pernah bercakap-cakap dengannya kecuali dia punya teman disisi dan atas urusan rasmi tanpa dipanjang-panjangkan. Saya seorang yang amat kuat bersembang dan sentiasa punya modal untuk berbual-bual seperti kata teman saya, tetapi dengan dia saya menjadi amat pemalu dan amat menjaga. Bagi saya, itulah wajah sebenar seorang wanita solehah. Dia mampu mengingatkan orang lain dengan hanya menjadi dirinya, tanpa perlu berkata-kata walaupun sepatah.

Pada hari terakhir saya di sana, saya punya tugas terakhir yang perlu saya selesaikan sebelum saya melepaskan posisi saya dan semua itu melibatkan dia. Sebaik sahaja semua kerja yang terbengkalai itu siap, saya mengambil peluang untuk berbual-bual dengan dia. Saya bertanya perihal keluarga dan apa yang dia rasa bertugas di samping saya untuk waktu yang amat sekejap itu. Alhamdulillah dia memberikan respon yang baik dan dari situlah saya mengenali dengan lebih dalam siapa sebenarnya pembantu saya ini. Namun, apa yang memang boleh saya nampak dengan jelas, dia amat pemalu dan dia amat kekok semasa bercakap dengan saya. Selepas itu barulah saya tahu, sayalah lelaki pertama yang pernah berbual-bual dengan dia bukan atas urusan rasmi sebegitu. Di situlah saya mula menyimpan perasaan, tapi tidak pernah saya zahirkan sehinggalah saya berada jauh beribu batu daripadanya.

Semasa saya berada di Jordan, saya menghubunginya kembali dan menyatakan hasrat saya secara halus agar dia tidak terkejut. Alhamdulillah, dia menerima dengan baik dan hubungan kami berjalan lancar selama empat bulan sebelum saya balik bercuti ke Malaysia. Kadang-kadang saya terlalai dalam menjaga hubungan kami dan dialah yang mengingatkan. Dialah yang meminta agar kami menghadkan mesej-mesej kami agar tidak terlalu kerap. Semua itu menguatkan hubungan kami dan bagi saya dialah teman hidup yang sempurna buat saya.

Walau bagaimanapun, sewaktu saya pulang ke Malaysia bulan lepas, ummi dapat menghidu perhubungan kami. Saya tahu ummi tidak berapa suka anak-anaknya bercinta tetapi saya tidak pernah menjangka ummi akan menghalangnya. Tetapi perhitungan saya silap, amat silap. Buat pertama kali, adik perempuan saya memberitahu ummi sudah tahu perihal saya dan ummi tidak suka. Saya tidak pernah menganggapnya sesuatu yang serius sehinggalah ummi bercakap secara peribadi dengan saya pada suatu hari.

Saya masih ingat lagi kata-kata ummi yang buat saya tak mampu membalas walau sepatah.

“I haven’t found any entry in Islam that permit what you are doing right now. I haven’t heard from anyone that love before marriage is permitted. But I know there’s no relationship between male and female except for what is very important and official between them. So, may I know what kind of relationship you are having now and I want to hear it from your mouth that it is legal in what you have been learning until now.”

“Not a single phrase, nor a word.”

“My sweetheart, if you want to build a family, a faithful one, you can never build it on what Allah has stated as wrong and proven false by the way Rasulullah has taught us. A happy and blessed family come from Allah, and you don’t even have anything to defend it as blessed if the first step you make is by stepping into what He has prohibited. You can’t have a happy family if Allah doesn’t help you so, and you must know in every family that stands until their dying day, they have Allah on their side. You can’t expect Him to help you if you did the wrong step from the very beginning.”

Saya tiada kata untuk membalas kerana semuanya benar. Saya tahu kebenaran itu sudah lama dulu, tetapi saya tak mampu untuk melawan kehendak nafsu saya sendiri. Saya akui, saya tertipu dengan apa yang dipanggil cinta tak pernah membawa kita ke mana, andai cinta itu bukan dalam lingkungan yang Allah redha. Tiada cinta yang Allah benarkan kecuali selepas tali perkahwinan mengikatnya. Itulah apa yang telah saya pelajari lama dahulu dan dari semua kitab Fiqh yang saya baca, tiada satu pun yang menghalalkannya. Saya tahu kebenaran ini sudah lama dahulu, tetapi saya tidak kuat untuk menegakkannya. Saya tidak mampu menundukkan kemahuan hati saya. Dan kata-kata ummi memberikan saya kekuatan untuk bangkit dari kesilapan saya selama ini.

 Ummi berkata:

“It’s not me who want you to make a decision like this, but Allah tells you so.”

Saya percaya, itulah yang terbaik buat saya dan dia. Dengan kekuatan itulah saya terangkan kepadanya, dan alhamdulillah dia faham. Amat faham. Walaupun air matanya seakan air sungai yang tidak berhenti mengalir, tetapi dia tahu itulah yang terbaik buat kami. Dia meminta maaf kepada ummi kerana menjalinkan hubungan yang tidak sah dengan saya, tetapi ummi memberi syarat,

“janganlah bimbang. Andai ada jodoh kamu berdua, insyaAllah, Dia akan temukan kamu dalam keadaan yang jauh lebih baik dari sekarang.”

 Hidup saya sekarang lebih tenang kerana tiada apa yang menggusarkan hati saya lagi. Hidup saya lebih bercakap kembali tentang agama saya dengan lebih bebas tanpa dihantui oleh perasaan berdosa. Bagi saya, dan dia, inilah saat untuk kami muhasabah kembali diri kami dan kami betulkan kembali segala kesilapan yang telah kami buat. Inilah saat untuk kami menjadi seorang ibu dan ayah yang berakhlak mulia dan berperibadi tinggi. Inilah masanya kami insafi kembali keterlanjuran kami dahulu dan memohon moga-moga Allah sudi memaafkan kami.

‘Sesungguhnya Ya Allah, aku insan yang sangat lemah. Aku tidak mampu melawan godaan syaitan yang tidak pernah jemu, juga hambatan nafsu yang tidak pernah lesu. Ampunilah aku.’

Walau bagaimanapun, perpisahan ini hanya untuk sementara. Saya telah berjanji dengan diri saya sendiri dialah yang akan menjadi teman hidup saya nanti. Sesungguhnya pencarian saya untuk seorang calon isteri telah berakhir. Insan seperti dia hanya satu dalam seribu. Mana mungkin saya melepaskan apa yang amat berharga yang pernah hadir dalam hidup saya.

InsyaAllah, sekiranya Allah s.w.t panjangkan umur, sebaik sahaja saya tamatkan pengajian saya di sini, saya akan kembali ke Malaysia dan melamarnya untuk menjadi permaisuri di hati saya.

InsyaAllah, saya akan setia menunggu saat itu dan saya berusaha sedaya-upaya saya untuk mengekalkan kesetiaaan saya.

“Sekiranya kita telah bertemu dengan seorang insan yang amat mulia sebagai teman hidup kita, janganlah lepaskannya kerana kita tidak tahu bilakah pula kita akan bertemu deangan insan yang seumpamanya.”

Siapakah lagi dalam dunia ini yang menjaga adab berjalan antara lelaki dan perempuan sebagaimana yang ditunjukkan oleh Nabi Musa a.s dan puteri Nabi Syuaib a.s beribu-ribu tahun dahulu?

-dr seorang sahabat-Mafraq, Jordan.

P/S : Apa yang perlu difokuskan iaitu pada pengajaran dari kisah ini. Saudara kita ini yang hanya seorang yang berpelajaran agama, tapi dia sedar akan kelakuannya yang membelakangkan Robb dalam hal ini. Oleh itu, kita sebagai panghafaz dan pemikul kalamNya seharusnya lebih2 lagi mengutamakan Allah pada setiap masa dan keadaan. Adakah kita berbuat demikian? Atau lebih teruk lagi kita mengabaikan pandangan Tuhan dan lebih mengihtimamkan pandangan manusia…..

renung-renungkanlah dan selamat beramal…………

bercinta…???…perlu @ tidak sebenarnya…???

April 30, 2008 by anissakyra

salam….

 mmm…boring nye semalam…last2 aku chat ngan hafiz….lama jugak laa….kul 4.30 pagi baru kteorg stop…sebab dah tak tahan ngantuk….hehee….lama tuh….nak taw ke hafiz tu sape? dia tu best fren aku sejak setaun yg dulu…aku kenal dia dalam bus maraliner…waktu tu dalam perjalanan pulang ke satu tempat  yang kucintai…hehehe….mase nak turun kat simpang gambang tu kteorg bertukar num phone & still contact sampai sekarang…tak sangka ek….dia la org luar yang pertama yg still contact ngan aku sampai sekarang…hehee…menakjubkan….

apa yang kterorg chat kan semalam??mmmm….pasal budak2 zaman sekarang….hehehee….masing2 mengeluarkan pendapat…..sumenye pasal cintan-cintun laa…seje jer nak meluahkan idea & pendapat…ntah la…aku tgk budak2 zaman sekarang ney sebuk duk bercinta…tapi bercinta yg tiada ‘visi & misi’ sama ada nak meneruskan percintaan tu ke arah perkahwinan @ tidak…fenomena student U zaman sekarang, nak bercinta adalah untuk suka-suki jer..ader tempat untuk mengadu, ader tempat untuk bermanja, ader tempat nak meraba dsbnya…niat aku bukan nak melucah ek..tapi itu yg aku perhatikan dari sehari ke sehari…aku taw…aku bukan nya baik sangat pon….hee.. yela…daripada duk meraba & secara istiqamahnya melakukan maksiat, better kahwin jerk…hehee…suka bler sebut pasal kawin ek…

tapi bler sebut jer pasal kawin, ramai yang akan berkata….

“aku tak ready la nak kawin lagi, nak belaja lagi, mana nak layan suami lagi…baik couple dulu…boleh kenal bakal suami aku tu dgn lebih dekat lagi….”

 ”aku tak nak la kawin awal, tak puas nak enjoy laa….”

“ish, ader plak nak aku kawin awal….gler ke apa….kalau tetiba tym tengah belajar tu aku preganant….susah wooo…..”

“aku tak nak ader tanggungjawab lagi…bler da kawin, besar tanggungjawabnye….”

itulah ayat2 yang kiter akan dgr bler kiter suggestkan supaya manusia yang couple itu kahwin…mmm…..

ada di katakan dalam al-Quran nul karim bahawa tiada yang lebih baik utk kedua pasangan yang suka sama suka itu melainkan pernikahan……..betul kan aku kalo aku silap, k?

kalau dikatakan bahawa dengan bercouple @ bercinta itu kita dapat mengenali pasangan kita dengan lebih dekat, adakah pasangan yg kita cintai dgn sepenuh hati tu dah konpem2 akan jadi suami/isteri kita……???bler dah pegang sana, pegang sini…apa lagi yg kita nak persembahkan kat suami/isteri kita nanti…??? sekadar berkongsi apa yang aku pikirkan…bukan nak menghentam mana2 pihak…terpulang pada individu tersebut, dia nak menilai sesuatu perkara itu baik @ buruk…

sume orang da besar, sume da matang kan….takkan ader yang tak akil baligh gi kowt….. yang penting, kita kena ingat bahawa matlamat tidak menghalalkan cara….. bagi aku????bagi aku kalau bercinta cuma akan beri kita sama ada dua benda….keburukan @ kebaikan….kalau kita pandai jaga diri dan pasangan kita, maka kita akan dapat kebaikan….kalau kita tak pandai dalm menjaga batas2 perhubungan yang telah ditetapkan oleh syara’, maka kita akan dapat keburukan…dan sesungguhnya keburukan akan lebih banyak menimpa kepada kaum perempuan….

ke hal nye aku mengarut pasal cintan-cintun & nikah kawin plak tym ney…hahaha…kan da cakap tadi, sekadar berkongsi pendapat….tiada yg betul & tiada yg salah sebab aku tak berhak nak menghukum mana2 pihak….cuma tepuk dada, tanya iman…….

renung-renungkan dan selamat beramal……..

mE, mYsELf & I….

April 29, 2008 by anissakyra

di alam yg indah...heheheee.... 

mE, mYsELf & I….

assalamualaikum…. ahlan wasahlan wa marhaban bikum… hahaaa….ney blog yang telah dipindahkan tempatnya daripada frenster aku…bermasalah betul frenster tu…nak bukak & post blog tak leyh plak…anyway…welcome…heheee… 1stly..i want to introduce myself… nama diberi oleh mama & abahku..nor asyuadiah binti azmi…skrg org panggil sue @ wana @ anis….banyak nama ney sebab selalu pergi program fasilitator @ conduct motivation camp, nama aku akan bertukar…hehehe…senang nak kenal kalau peserta aku contact aku balik…baru laa bleyh taw org ney aku kenal tym program bler….dulu mase zaman muda2, mase sekolah org panggil syua…dats my original name…hahaa…

kami mase kat hutan simpan gunung belumut, kluang,johor..

wif ina, my bestfren…mase ney kat hutan simpan gunung belumut, kluang, johor….

now continuing my study at university teknologi malaysia, skudai, johor…wat twinning program dengan university of calgary, canada dlm bidang chemical engineering -minoring in polymer engineering & maybe majoring in petroleum engineering-….

faculty of chemical engineering and natural resources, university technology of malaysia

alhamdulillah…Allah SWT mempermudahkan lagi hidupku waktu ini, aku dapat tajaan PETRONAS…hehee…act, sponsorhip aku tu utk program oversea sebab aku dapat tawaran utk pursue my study at canada dalam bidang petroleum engineering tapi disebabkan mama kesayangan aku tak bagi pergi jauh2, aku pun tukarla option sponsor aku tu kepada IPTA sponsor but still doing twinning with oversea university… boring la kan citer ney…pape pun, selamat membaca cerita-ceriti kehidupan aku….

 

 mase PETRONAS eduCamp 2007 – PETRONAS scholars….